Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Jempol (MDJL) - 2 Sep 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:-

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17 - 5 kekosongan

2. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 - 2 kekosongan

3. PEMBANTU AWAM H11 - 3 kekosongan


Cara Memohon:-

Permohonan   hendaklah   menggunakan   Borang   Khas   dengan   hargaRM   1.00   yang   boleh   didapati   dari   Pejabat   Majlis   Daerah   Jempol (Bahagian    Kaunter). Pemohon    juga    boleh    muat    turun    borang permohonan   daripada   laman   web   Majlis   Daerah   Jempol   di   alamat www.mdjl.gov.my. atau muatturun melalui link yang admin sediakan di bawah

Permohonan  hendaklah  disertakan  dengan  sekeping  gambar  berukuran pasport,  salinan  Kad  Pengenalan,  Surat  Beranak,  Sijil-sijil,  Surat  AkuanMajikandan  lain-lain  dokumen  yang  telah  diakui  sah  oleh  Wakil  Rakyat, mana-mana    Pegawai    Kerajaan    dalam    Kumpulan    Pengurusan    & Profesional atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang mempunyai cap rasmi jawatan. 

Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak  Berkuasa  Tempatan  hendaklah  dibuat melalui    Ketua    Jabatan    masing-masing    dan    pastikan    Kenyataan Perkhidmatan   yang di kemas   kinidan   Laporan   Penilaian   Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Nama  jawatan  hendaklah  ditulis  di  bahagian  atas  sebelah  kiri  sampul surat   dan   borang   permohonan   yang   telah   lengkap   diisi   hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  02 SEPTEMBER 2015





Jawatan Kosong di Majlis Daerah Jempol (MDJL) http://mehkerja.blogspot.com/




Previous Post Next Post