Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang - 27 Aug 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dalam jawatan seperti berikut :-



Jawatan:

1. PUSTAKAWAN S41

2. PENOLONG PUSTAKAWAN S27

3. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17

4. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK J17



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Cara Memohon :-

1) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Bahagian Khidmat Pengurusan,
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan dikenakan bayaran RM3.00.

2) Bagi mereka yang sedang berkhidmat hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing
mengikut Perintah Am ”A” 21. Pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
dikemaskini, Laporan Prestasi dan Laporan Harta disertakan bersama.

3) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara atau dokumen-dokumen seperti
berikut :-

(i) Gambar berukuran pasport;

(ii) Salinan Sijil Kelahiran;

(iii) Salinan Kad Pengenalan;

(iv) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;

(v) Salinan Sijil Peperiksaan; dan

(vi) Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

4) Setiap salinan dokumen hendaklah diakui sah.

5) Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas
sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada :-

 Pengarah
 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
 Jalan Gambut
 25000 Kuantan.


TArikh tutup permohonan : 27 August 2015




Jawatan Kosong Terkini 2015 di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang http://mehkerja.blogspot.com/





Previous Post Next Post