Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Stadium Malaysia - 26 Jan 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong seperti berikut di Perbadanan Stadium Malaysia.



Jawatan:

1. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

2. PENOLONG JURUTERA JA29

3. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

5. PENOLONG AKAUNTAN W27

6. PEMBANTU TADBIR (KEW) W17


CARA MEMOHON
o Borang Permohonan boleh didapati dari laman sesawang www.stadium.gov.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah.

o Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran, salinan sijil-sijil persekolahan, salinan kursus/aktiviti yang pernah disertai dan sekeping gambar terkini berukuran pasport.

o Permohonan daripada pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam, badan berkanun, penguasa tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Sila pastikan salinan kenyataan perkhidmatan dikemaskini/laporan penilaian prestasi tahunan terkini disertakan bersama.

o Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan tuan/puan dianggap gagal sekiranya tidak mendapat sebarang jawapan/maklum balas dari tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.

o Borang yang telah lengkap hendaklah ditulis nama jawatan di sebelah kiri atas sampul surat dan dikirim kepada :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN STADIUM MALAYSIA
Peti Surat 10957
50730 Kuala Lumpur

o Sebarang pertanyaan sila hubungi Penolong Pengurus Sumber Manusia ditalian 03 – 8992 0888.

Tarikh tutup permohonan : pada atau sebelum 26 Januari 2016.

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Stadium Malaysia http://mehkerja.blogspot.my/

Kerja Kosong Terkini Perbadanan Stadium Malaysia

Previous Post Next Post