Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara - 31 Mac 2016

Permohonan dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan di Dewan Bandaraya Kuching Utara seperti berikut:



Jawatan:

1. ARKITEK GRED J41

2. PEGAWAI UNDANG-UNDANG GRED L41


Cara Memohon:

Calon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat tersebut, sila
hantar permohonan dengan menulis surat yang mengandungi
butir-butir peribadi, kelayakan akademik, pengalaman kerja dan
sekeping gambar berukuran pasport (resume) (tidak dikembalikan)
kepada:-

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Dewan Bandaraya Kuching Utara
Tingkat 3, Bangunan DBKU
Bukit Siol, Jalan Semariang
Petra Jaya, 93050 Kuching

Pemohon daripada kakitangan kerajaan hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
berserta dengan perkara berikut:-

a) Laporan Sulit

b) Laporan Penilaian Prestasi bagi tiga (3) tahun terakhir

c) Salinan Kenyataan Perkhidmatan


Tarikh Tutup Permohonan : 31 Mac 2016





Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuching Utara http://mehkerja.blogspot.my/



Latarbelakang Dewan Bandaraya Kuching Utara

Kuching telah dinaikkan status ke taraf Bandaraya tanggal 1 Ogos 1988 dan merupakan Bandaraya yang kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur ketika itu. Memandangkan Bandaraya Kuching mempunyai keluasan yang agak besar berbanding dengan bandaraya lain di Malaysia, maka pentadbirannya dibahagikan kepada dua kuasa pentadbiran iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Kawasan Utara Bandaraya ditadbir oleh DBKU manakala kawasan Selatannya pula dibawah bidangkuasa MBKS.

Bermula dengan hanya 8 orang staf pada Ogos 1988 , DBKU kini mempunyai staf seramai 1007 orang yang terdiri 35 kumpulan Pengurusan & Professional, 696 kumpulan Sokongan dan 276 Bergaji hari.

Sistem pentadbiran pengurusan DBKU adalah berbeza berbanding dengan MBKS dan pihak berkuasa tempatan lain di Malaysia. DBKU dipimpin oleh seorang Datuk Bandar yang dilantik oleh TYT Yang Di Pertua Negeri dan beliau melapor terus kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Datuk Bandar DBKU yang pertama adalah Datu Dr. Yusoff Haji Hanifah (1988-1994) manakala Datuk Bandar yang kedua adalah Datu Haji Awang Ehsan Joini (1995-2000). Kemudian itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) diterajui oleh Datuk Bandarnya yang ketiga iaitu Tuan Haji Madehi Haji Kolek (2001-2004). Seterusnya Datuk Bandar Kuching Utara yang keempat ialah Datu Abdul Hamid b. Mohd Yusoff (2005-2007) dan yang kelima ialah Tuan Jahi Mohamad Atei b. Abang Medaan (2007-2011). Hari ini DBKU dipimpin pula oleh Datuk Bandarnya yang keenam iaitu YBhg. Datuk Haji Abang Wahap b. Abang Julai. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU pada tanggal 1 Ogos 2011.

Previous Post Next Post