Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor - 21 April 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Pejabat Menteri Besar Johor bagi jawatan seperti berikut:-



Jawatan:-

1. PEMBANTU OPERASI N11


Syarat lantikan:

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
( Gaji Permulaan : RM847.99) atau;

d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.


Bidang Tugas:

Mengemas, membersihkan rumah, mengosok pakaian serta menghidangkan
makanan di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor.


Penaklukan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan:

Pegawai yang dilantik adalah sentiasa tertakluk kepada syarat dalam Skim
Perkhidmatan jawatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaanpindaan
yang dibuat dari semasa ke semasa.


Cara Membuat Permohonan:

(a) Permohonan hendaklah dengan menggunakan Borang MBJ.01 yang boleh
diperolehi daripada pejabat ini secara PERCUMA dengan cara datang sendiri
pada waktu pejabat atau dimuat turun daripada laman web rasmi Kerajaan
Negeri Johor di www.pmbj.johor.gov.my/v1.

(b) Borang permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah disertakan bersama
salinan sah dokumen-dokumen berikut:

(i) Sijil Kelahiran

(ii) Kad Pengenalan

(iii) Sijil berhenti sekolah

(iv) Lain-lain sijil /surat akuan berkaitan ke alamat:-

PEJABAT MENTERI BESAR JOHOR
ARAS 4, BANGUNAN DATO‘ JA‘AFAR MUHAMMAD
PUSAT PENTADBIRAN ISKANDAR PUTERI
79502 NUSAJAYA.

Catatan Am:

i. Sila nyatakan Jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat
pemohon.

ii. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil
temuduga.

iii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3)
bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan
mereka TIDAK BERJAYA.

iv. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah
tanggungjawab pemohon sendiri.


Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2016





Jawatan Kosong di Pejabat Menteri Besar Johor http://mehkerja.blogspot.com/


Piagam Pelanggan Pejabat SUK Johor

Memastikan cadangan projek penswastaan boleh diproses lanjut dalam masa empat belas (14) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

Mengemukakan Laporan Audit Pengurusan kepada auditi dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh penerimaan Laporan Audit yang lengkap daripada Pasukan Audit Pengurusan serta mengemukakan Laporan Pemeriksaan Mengejut kepada auditi dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh Pemeriksaan Mengejut.

Pengagihan peruntukan kewangan kepada semua bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam tempoh satu (1) bulan daripada penerimaan peruntukan daripada Perbendaharaan Johor.

Mengeluarkan surat tawaran rumah dalam tempoh dua (2) minggu kepada pemohon berdaftar yang berkelayakan.

Memproses permohonan peruntukan pembangunan daripada wakil rakyat/ jabatan/ pertubuhan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja.

Menyelaras permohonan peruntukan pembangunan landskap daripada Pihak Berkuasa Tempatan ke Jabatan Landskap Negeri dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tutup tempoh penyelarasan.
Menyelaras permohonan peruntukan projek-projek pembangunan di Pihak Berkuasa Tempatan dalam tempoh empat belas (14) hari daripada peruntukan diterima.

Memantau kuantiti dan kualiti air sungai, tasik dan eguifer khususnya bagi bekalan loji-loji Syarikat Air Johor dan PUB dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh aduan diterima.

Mengedarkan keputusan cabutan minit mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tempoh tujuh (7) hari setelah minit disahkan.

Urusan pengisian dan penempatan calon yang berjaya ke Perkhidmatan Awam Negeri Johor dalam tempoh satu (1) bulan daripada senarai calon lengkap diterima daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

Memastikan 90% kebolehsediaan infrastruktur Rangkaian , sistem serta perkhidmatan yang disediakan beroperasi.

Memproses permohonan kebenaran mengadakan penyelidikan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Taman Negara Johor dalam tempoh satu bulan daripada permohonan diterima.

Melahirkan lima (5) atlet sukan yang bekualiti, berpotensi tinggi, dan boleh digilap bakatnya ke peringkat negara dalam tempoh lima (5) tahun

Previous Post Next Post