Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbendaharaan Malaysia Sarawak - 29 April 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia bagi pengambilan Pekerja Sambilan
Harian (PSH) di Perbendaharaan Malaysia Sarawak:-



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17


Syarat Lantikan:

3.1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;

(d) Lulus dalam B.M (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(e) Sihat tubuh badan.


Tarikh Tutup Permohonan : 29 April 2016






Sejarah Perbendaharaan Malaysia Sarawak

Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS) dahulunya dikenali dengan nama Pejabat Kewangan  Persekutuan Sarawak (PKPS) telah ditubuhkan pada tahun 1967 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 11 Tahun 1967. PMS berperanan dalam melaksana dan mengawal perkara dan urusan yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan Kerajaan Persekutuan di Negeri Sarawak. Semasa penubuhan pada tahun 1967, PMS di tempatkan di bangunan Electra House, Jalan Ban Hock, Kuching. 

Pada tahun 1971 melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2/73, Pejabat Kewangan Sarawak serta fungsi kewangan Sarawak di mansuhkan. Fungsi Kewangan di serap ke dalam Bahagian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Sarawak.

Pada tahun 1974, Pejabat Kewangan Sarawak di wujudkan semula dan ditempatkan di tingkat 2 dan 3, Bangunan Ang Cheng Ho, Jalan Tunku Abdul Rahman dan mempunyai 9 orang pegawai dan kakitangan.     

Pada tahun1976, Pejabat Kewangan Persekutuan berpindah ke tingkat 8, Wisma Persekutuan  Kuching (kini Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj. Bujang).

Pada tahun 1986, Pejabat Kewangan Persekutuan telah berpindah ke lokasi sekarang iaitu di Tingkat 16, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, 93592 Kuching, Sarawak. Manakala pada tahun 1995 nama Pejabat Kewangan Persekutuan di tukar kepada Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMS). Kini, PMS mempunyai 45 orang kakitangan yang terdiri daripada 8 orang pegawai dan 37 orang kakitangan sokongan.

Previous Post Next Post