Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) - 9 Jun 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada semua Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) :



Jawatan:

1. PENSYARAH (KIMPALAN)

2. PENSYARAH (BAHASA INGGERIS)

3. TENAGA PENGAJAR (PEMASANGAN PAIP GAS)


Cara Memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website
www.tesdec.edu.my dan disertakan dengan butir-butir peribadi (resume), salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil akademik beserta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan).

2. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :-

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN NEGERI TERENGGANU (TESDEC)
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )

3. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya 9 Jun 2016 (Khamis).

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.







Latar Belakang

Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia-beliawanis tempatan tempatan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pekerjaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosial.

Program tersebut telah memberi impak yang baik dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. Ekoran itu, Kerajaan Negeri menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.

Previous Post Next Post