Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) - 9 Sept 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) dalam jawatan seperti berikut :-


Jawatan:

1. PAKAR GENDER S54


Sekiranya ada calon yang berminat, mereka hendaklah menghantar resume yang lengkap kepada:-

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Aras 34, No 55, Persiaran Perdana Presint 4,
62100 Putrajaya,
(u.p: Puan Saliza Binti Mohktar)


Tarikh tutup permohonan : 09 September 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)




Profil KPWKM

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Previous Post Next Post