Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - 16 Aug 2016

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:



Jawatan:

1. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41

2. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29

3. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S19

4. PEMBANTU TADBIR ( PERKERANIAN / OPERASI ) N19

5. PEMBANTU TADBIR ( KEWANGAN ) W19

6. PEMBANTU AKAUNTAN W19


Tarikh tutup permohonan : 16 Ogos 2016


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)


Sejarah Penubuhan

Berdasarkan catatan yang ditemui, MAIDAM pada asalnya dinamakan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, telah ditubuhkan pada tahun 1949 apabila Undang-undang Bil.1 Tahun 1949 diwartakan pada 16 Februari tahun yang sama.

Menurut warta tersebut, bahawa Yang Maha Mulia Sultan akan menyebabkan supaya dibuat Undang-Undang bagi maksud mengatur segala perkara-perkara agama dan bagi mendirikan satu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu kerana membantu dan menasihatkan Duli Yang Maha Mulia di dalam semua perkara yang bersangkut dengan Agama Islami dan Adat Istiadat Melayu.

Undang-Undang tersebut dinamakan Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu 1949 (1368).

Keahliannya terdiri tidak kurang daripada 3 orang ahli rasmi yang memegang jawatan yang bergaji di bawah Kerajaan Negeri dan tidak kurang daripada 5 orang ahli yang bukan rasmi.

Bagaimanapun, sepanjang Undang-Undang tersebut ditubuhkan, senarai keahlian Majlis tidak ditemui sehinggalah Undang-Undang tersebut dipinda 6 tahun kemudian iaitu dengan termaktubnya Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak Tahun 1955 (1375).

Undang-Undang ini turut menghapuskan perkataan Istiadat dan diletakkan di bahagian III di bawah fasa 6 hingga 21 dengan menampakkan peranan dan fungsi yang lebih jelas dan terarah.

Mulai dari itu (1 Julai 1958), telah ditemui senarai keahliannya yang diwartakan dari semasa ke semasa hingga sekarang. Pada peringkat itu, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu akan dilantik menjadi Yang DiPertua Majlis.

Perkara ini berlaku sehinggalah Kerajaan sekali lagi mewartakan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 pada 26 Mac 1987. Dalam enakmen ini seorang Setiausaha dilantik bagi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Pada tahun 1992, pindaan enakmen dibuat bagi menukar lantikan Setiausaha bagi JHEAT kepada lantikan Setiausaha bagi Majlis.

Tanggal 10 April 1996, diluluskan pindaan enakmen bagi membolehkan YAB Menteri Besar menjadi Yang DiPertua Majlis dan secara automatik Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama sebagai Setiausaha Majlis.

Pada 30 Jun 1998, pindaan sekali lagi dibuat melibatkan lantikan Setiauaha Majlis yang juga bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang akan menjalankan segala dasar dan ketetapan Majlis. Semua perkataan Jabatan dan Pesuruhjaya dalam enakmen ditukar kepada Majlis.

Seterusnya pada 22 November 2001, kerajaan telah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422H/2001M yang berkuatkuasa pada 1 Ogos 2002. Pindaan-pindaan telah dibuat pada tahun 2003 dan 2008 yang melibatkan pelantikan Yang Dipertua Majlis bukan Menteri Besar dan keanggotaan Majlis yang lain.

Pindaan terbaru terhadap Enakmen ini ialah pada tahun 2012. Kerajaan Negeri, melalui Dewan Undangan Negeri yang bersidang pada 25 April 2012, telah meluluskan pindaan Enakmen ini yang mengandungi dua puluh satu seksyen. 

Pindaan Seksyen 5 Enakmen memperlihatkan pemansuhan jawatan Timbalan Pesuruhjaya dan diwujudkan jawatan baru iaitu “Pengarah” bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Majlis dan Enakmen ini. 

Jawatan Pesuruhjaya masih dikekalkan dan kuasa perlantikan kedua jawatan ini secara mutlak kekal di tangan Duli Yang Maha Mulia Sultan tanpa melibatkan nasihat Menteri Besar sebagaimana yang diamalkan sebelumnya. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama juga secara ‘automatik’ menjadi Setiausaha dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

Previous Post Next Post