Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Langkawi - 1 Sept 2016

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan mempelawa pemohon daripada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong terkini sebagai :

Jawatan:

1. ARKITEK GRED J41

2. PENOLONG JURUTERA GRED JA29

3. PENOLONG PEGAWAI GRED KP29

4. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W19

5. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19

6. PEMBANTU PENILAIAN GRED W19

7. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

8. PEMBANTU AWAM GRED H11

9. PEMANDU KENDERAAN GRED H11


Cara Memohon:

Borang permohonan boleh didapati dengan mengambil sendiri di Bahagian Perkhidmatan dan Perjawatan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Langkawi, Bandaraya Pelancongan, 07000, Kuah, Langkawi Kedah Darul Aman atau melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh tutup permohonan : 01 September 2016


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Langkawi



Latar Belakang MPLBP

Kawasan perkhidmatan Pekan Kuah dahulunya dikenali kawasan Sanitary Board. Selepas Perang Dunia Kedua iaitu semasa pemerintahan Inggeris Sanitary Board telah ditukarkan kepada Pengurusan Town Board Mulai tarhun 1945.

Majlis ini dikenali sebagai Majlis Daerah Langkawi mulai 29hb. April 1987, Majlis Daerah Langkawi diberi kuasa sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal perancangan, perlesenan, kebersihan, bangunan, senitaman dan sebagainya selaras dengan akta-akta dan undang-undang kecil Majlis yang diguna pakai.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Langkawi yang diwartakan adalah seluas 47,848 hektar (478.48 km. persegi ) yang meliputi 104 buah pulau seluruh gugusan Pulau Langkawi.

Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) telahpun diwartakan pada 16 Disember 2000 dan pengisytiharannya telahpun disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 24 Mac 2001.

Pada tahun 2001, MPLBP telah mendapat ISO Versi 1994 berkaitan perancangan dan bangunan dan telah tamat pada tahun 2003.

Bidang tugas MPLBP meliputi Perancangan Fizikal, Ekonomi serta Sosial ke arah kemantapan Pembangunan Bandar di Langkawi dan memberikan Perkhidmatan Perbandaran yang efisyen serta bertanggungjawab terhadap perancangan dan pembangunan Bandar

Pentadbiran MPLBP sentiasa bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan secara cekap dan berkesan serta sentiasa berusaha untuk memberi dan melaksanakan perkhidmatan berkualiti demi kecemerlangan, kepuasan dan keselesaan penduduk dan pembayar cukai

MPLBP melaksanakan setiap fungsi-fungsinya menggunakan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) serta dapat melaksanakan aktiviti dan menguatkuasakan dasar serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pihak Berkuasa Tempatan

Pada Januari 2006, satu jawatankuasa ISO 9001:2000 telah diwujudkan diikuti pelancaran MS ISO 9001:2000 MPLBP pada 6 September 2007

Previous Post Next Post