Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Klang - 10 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan berikut: (Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan)



Jawatan:

1. PEMANDU KENDERAAN H11

Tangga Gaji : (min) RM1,218.00 - (max) RM2,939.00


Syarat Kelayakan:

(a) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengnnya oleh Kerajaan;

(ii) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)); dan
(keutamaan adalah kepada calon-calon yang mempunyai lesen memandu kelas E/E1/E2/F/G/H/I)

 (iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga /
Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan.


Tarikh Tutup Permohonan : 10 Ogos 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Klang


Latar Belakang

Penguasa Tempatan Klang telah ditubuhkan pada bulan Mei 1890 yang ketika itu dikenali sebagai Lembaga Kesihatan Klang untuk mentadbirkan Bandar Klang. Sempadan rasmi telah ditetapkan pada tahun 1895 manakala pada tahun 1926 kawasannya telah digabungkan dengan Port Swettenham dan pada bulan Disember 1945 telah diubah menjadi Lembaga Bandaran Klang.

Perubahan dalam pentadbiran seterusnya berlaku apabila terbentuknya Majlis Bandaran Klang pada tahun 1954. Dengan sistem pentadbiran ini Klang membangun dengan pesatnya sehingga pada tahun 1971 apabila Pelabuhan Klang, Kapar dan Meru telah dirangkumkan menjadi Majlis Daerah Klang.

Dengan berkuatkuasanya Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan penyusunan semua penguasa tempatan, Majlis Daerah Klang telah dinaikkan ke taraf yang ada sekarang iaitu Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 1 Januari, 1977.

Previous Post Next Post