Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) - 22 Aug 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia/Rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:



Jawatan:-

1. PENGAWAS PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Desa Kg. Wang Tepus, Jitra


Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia/Keutamaan Rakyat Negeri Kedah.

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

c) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang setaraf serta mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu.


Elaun : Elaun bulanan adalah sebanyak RM750.00


Senarai Tugas:

i. Mengurus dan mentadbir Perpustakaan Desa.

ii. Bertugas di kaunter mengendalikan perkhidmatan pendaftaran,
pembaharuan keahlian, pinjaman dan pemulangan buku.

iii. Menyediakan penyata langganan akhbar setiap bulan.

iv. Merekod penerimaan akhbar dan majalah setiap bulan

v. Menyelenggara pengurusan rekod dan kewangan Perpustakaan Desa

vi. Membuat keratan akhbar.

vii. Mengendalikan aktiviti tambahan Perpustakaan Desa.

viii. Menyelenggara kebersihan bangunan perpustakaan dan kawasan.

ix. Menyediakan statistik harian dan laporan bulanan.

x. Menyusun buku mengikut nombor pengkelasan.

xi. Mengadakan kelas komputer & mengendalikan perkhidmatan komputer.

xii. Lain-lain tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.


Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan mengirimkan resume dan disertakan
salinan sijil-sijil berkaitan, surat beranak dan lain-lain dokumen berkaitan
jika ada.


Permohonan hendaklah disampaikan ke alamat berikut dan tuliskan
nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat.

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
JALAN KOLAM AIR
05100 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN


Tarikh tutup permohonan : 22 August 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)




Sejarah
1952

Sebuah Jawatankuasa telah dilantik bagi menaja dan mentadbir sebuah perpustakaan umum negeri. Mesyuarat perlantikan jawatankuasa telah diadakan di Kelab Pejabat Kerja Raya.

1957

Dalam mesyuarat Majlis Bandaran Alor Setar pada bulan September 1957, Encik Poh Sin Bin iaitu Pegawai Ukur Daerah Kota Setar pada waktu itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah perpustakaan di bandar Alor Setar.

1960

Pada 24 Februari 1960, Majlis Bandaran Alor Setar dalam mesyuaratnya telah memohon dan berhasil mendapatkan peruntukan sebanyak RM 45,000 dari Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah perpustakaan. Bantuan juga telah diterima dari badan-badan sukarela dalam bentuk wang dan buku. Pejabat Penerangan Amerika Syarikat (USIS) dan The British Council turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan tersebut.

1961

Pada 30 September 1961, Perpustakaan Umum Alor Setar yang berkongsi bangunan bersama Muzium Negeri telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

1972

Pada 28 April 1972, satu Enakmen iaitu Enakmen 7 Tahun 1971 telah diluluskan untuk penubuhan sebuah Perbadanan yang dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dan Enakmen ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1974.

1976

Pada 20 Mei 1976, Warta Kerajaan menerbitkan penguatkuasaan Enakmen tersebut.

1978

Pada 29 Oktober 1978, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah berpindah dan memberi perkhidmatan di sebuah bangunan lama di Jalan Kolam Air.

1982

Pada 1 Januari 1982, Perpustakaan telah berpindah ke Kompleks Peruda dengan menyewa sebuah lot perniagaan. Pada 25 April 1982, Bahagian Pentadbiran telah berpindah dan beroperasi di bangunan JKR, Jalan Limbong Kapal.

1985

Pada 1 Mac 1985, Perpustakaan telah berpindah dan memberi perkhidmatan di Tingkat Dua, Bangunan Siong Hin, Jalan Telok Wanjah. Bahagian Pentadbiran masih kekal di Jalan Limbong Kapal.

1988

Pada 4 Ogos 1988, perletakan batu asas bangunan baru PPAK di Jalan Kolam Air telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Tan Sri Dato’ Seri Hj. Osman bin Aroff. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) dan Syarikat Telekom Malaysia.

1989

Pada 16 Disember 1989, kerja-kerja pembinaan bangunan dengan keluasan 40,000 kaki persegi yang berharga RM 5 juta telah dimulakan.

Sejarah PPAK - Imej 0006-2012-2

1991

Kunci bangunan telah diserahkan oleh pihak JKR kepada PPAK pada 8 Ogos 1991.

1993

Perpustakaan Pusat PPAK telah memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai 2 Januari 1993.

1994

Bangunan Perpustakaan Pusat PPAK telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 8 Februari 1994.

Previous Post Next Post