Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA Sarawak - 15 Aug 2016

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Bumiputera Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM)  Sarawak, Kampus Mukah seperti berikut:-



Jawatan:

1. PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51)
/ PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) 


Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45

(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek
Malaysia;
atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2016 (Isnin)




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Teknologi MARA Sarawak

Kerja Kosong Terkini Negeri Sarawak


Latar Belakang

Bermula dengan empat program yang ditawarkan dan pengambilan awal sebanyak 94 orang pelajar, Universiti Teknologi MARA (UiTM)Pelajar UiTM Sarawak Kota Samarahan (UiTMKS) telah berjaya mengorak langkah yang lebih jauh. Kini, ia menawarkan 26 program bermula dari peringkat Sijil hingga ke peringkat Doktor Falsafah melalui pelbagai mod pengajaran samada secara sepenuh masa, pengajian luar kampus atau pengajian jarak jauh secara fleksibel (e-PJJ). Jumlah terkini pengambilan pelajar adalah kira-kira 4,000 bagi pelajar sepenuh masa, (80% menginap di hostel) dan 800 pelajar separuh masa.

Anugerah Kualiti Naib CanselorUiTMKS sentiasa meletakkan kualiti sebagai batu asas strateginya. Sehingga kini, UiTM Sarawak telah menggarap beberapa anugerah berprestij termasuklah sijil ISO 9001:2000 dari Lloyd's Register Quality Assurance, Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan tahun 2000, Anugerah Kualiti Pentadbiran Akademik tahun 2001 dan Khidmat Pelanggan dan Unit Kualiti Terbaik tahun 2003. Pada tahun 2003 juga, kampus ini sekali lagi memenangi Anugerah Naib Canselor bagi anugerah kualiti keseluruhan dan sejak itu, UiTM Sarawak telah mengekalkan kemenangannya selama 3 tahun berturut-turut bermula dari tahun 2003 sehingga 2005. 

UiTM Sarawak bekerjasama rapat dengan kerajaan tempatan dalam memastikan program-program yang ditawarkan memenuhi pelbagai kehendak dalam pembangunan berterusan yang dilalui oleh pihak kerajaan. UiTM Sarawak juga menawarkan program latihan dan pembangunan, penyelidikan dan khidmat konsultansi kepada sektor awam dan swasta. Terbina di kawasan seluas 350 ekar dengan dikelilingi lanskap hijau yang alami di Bandar Ilmu Kota Samarahan, kampus ini menawarkan suasana pembelajaran yang begitu kondusif kepada para pelajar.

Previous Post Next Post