Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) - 9 Sept 2016

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah mempelawa Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada rakyat Negeri Pahang Darul Makmur yang berkelayakan mengisi kekosongan jawatan berikut :



Jawatan:

1. PEGAWAI SUMBER MANUSIA N41 - 1 Kekosongan

2. SETIAUSAHA PEJABAT (KESETIAUSAHAAN) N29- 1 Kekosongan

3. PEMBANTU TADBIR N19- 6 Kekosongan

4. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S19- 1 Kekosongan

5. PENGAWAL KESELAMATAN KP11- 5 Kekosongan


Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Borang Rasmi Permohonan Jawatan KUIPSAS yang boleh diperolehi dari Pejabat Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah dengan bayaran RM5.00.

Dimuat turun dari www.kuipsas. edu.my dengan menyertakan yuran pemprosesan dengan menggunakan wang pos sebanyak RM5.00 di atas nama BENDAHARI KIPSAS.

Calon-calon hendaklah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun
dan tidak lebih 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 9 September 2016. Hanya calon-calon disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga.

Borang permohonan yang telah diisi dan disertakan dengan salinan sijil-sijil, kad pengenalan dan telah diakui sah, hendaklah dihantar kepada :

Rektor Kolej Universiti Islam
Pahang Sultan Ahmad Shah
KM 8, Jalan Gambang, 25150
Kuantan, Pahang Darul Makmur.
(up : Pejabat Pendaftar)
Tel : 09 - 591 5353
Faks : 09 - 536 4421



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)



Sejarah Yang Terukir

Sejarah bermula dengan resolusi Seminar Ulama Negeri Pahang (1985) membahas dan mencadangkan penubuhan Kolej Islam ini untuk membuka ruang kepada pelajar lepasan agama Negeri Pahang melanjutkan pelajaran. Maka pada Jun 1994 terlaksanalah Kolej Islam Pahang yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Pahang.

Ogos 1996 mencipta era permulaan apabila menerima 68 pelajar sulung, diikuti kebangkitan kolej ini sebagai Institusi Pendidikan Tinggi yang bernaung di bawah Sistem Pendidikan Islam Pahang Sendirian Berhad. Dengan ini, peluang pendidikan untuk pelajar khususnya di Negeri Pahang ini terbuka lebih luas seiring aspirasi pemimpin dan masyarakat Islam.Idealisme Progresif dan Bersepadu Fungsi penubuhan Kolej Islam ini amat jelas iaitu menyediakan pendidikan yang menjana kecemerlangan ilmu dan insan. Sehubungan

dengan itu, tiga diploma pengajian Islam ditawarkan iaitu Pengkhususan Syariah Perbandingan, Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan serta Pengkhususan Bahasa Arab dan Tamadun Islam.

Selepas itu, Diploma Pembangunan Perisian, Diploma Perakaunan, Diploma Kewangan dan Perbankan, dan Diploma Pengurusan Perniagaan ditawarkan, menjadikan kesemua diploma di KIPSAS ini mendapat perakuan dari Lembaga Akreditasi Negara.Proses perkembangan KIPSAS seterusnya berjalan lancar tanpa menoleh ke belakang lagi dengan usaha para pemimpin negeri yang terdiri daripada Menteri Besar Pahang dan mendapat sokongan padu daripada pemimpin yang lain.Hasilnya, alaf baharu tahun 2000 menyaksikan KIPSAS muncul sebagai institusi intelektual yang cukup membanggakan. 

Segala kekurangan prasarana telah ditambah hebat sekali dengan beroperasinya blok bangunan akademik, dewan kuliah, asrama pelajar serta masjid KIPSAS. Perpustakaan KIPSAS juga muncul sebagai tempat rujukan Bahasa Arab terbesar di Negeri Pahang selain rujukan bahasa Melayu, Inggeris, Pengurusan, Pentadbiran, Ekonomi dan Teknologi Maklumat. 

Previous Post Next Post