Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) - 19 Sept 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan keutamaan kepada Anak Negeri Selangor



Jawatan:-

1. PEGAWAI PENILAIAN W41

2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA J41

3. PEGAWAI TADBIR N41

4. PENOLONG JURUUKUR BAHAN JA29

5. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29

7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

8. PEMBANTU TADBIR (PT/PO) N19

9. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19

10. PEMANDU KENDERAAN H11

11. PEMBANTU AWAM H11


Cara Memohon:

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1
(Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat
turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya iaitu
www.mpaj.gov.my atau muat turun melalui link yang admin sediakan di bawah:

b) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;

ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan;

iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat
pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara-(jika
berkenaan);

iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);

v. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan

vi. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas
kiri sampul surat permohonan.

c) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan
kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 (Disertakan bersama
rekod perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
LNPT yang terkini).


Penting:

i. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap diisi akan ditolak.

ii. Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.

iii. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6
bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan
mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 19 September 2016



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)




Latar Belakang

Asal-usul Nama 'Ampang'

Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang (pada masa kini dikenali sebagai Ampang Point) oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.

Kepelatan sebutan dikalangan orang Cina menyebabkan perkataan 'empangan' menjadi 'ampang'.

Sejarah Ampang berkait dengan sejarah Kuala Lumpur kerana di bangunkan oleh orang yang sama iaitu Yap Ah Loy (pengusaha lombong bijih berbangsa Cina). Penduduk asal orang Melayu di kawasan Ampang adalah keturunan Bugis dari Sumatera.

Keluasan

Mukim Ampang merupakan mukim terkecil dalam Daerah Hulu Langat. Keluasannya ialah 3,859 hektar. Terdapat 12 kampung dalam Mukim Ampang, di antaranya ialah: -

  • Kampung Melayu Ampang
  • Kampung Tasik Permai
  • Kampung Tasik Tambahan
  • Kampung Ampang Campuran
  • Kampung Ampang Indah
  • Kampung Pandan
  • Kampung Cheras Baru


Ampang Pra Merdeka

Raja Abdullah merupakan Raja pertama Daerah Kelang telah membuka lombong bijih timah di Ampang, Kuala Lumpur.

Raja Abdullah telah membawa seramai 87 orang pekerja Cina dari Lukut dan tinggal di Sungai Kelang. Semasa beliau dan pengikut-pengikutnya sampai ke persimpangan Sungai Kelang dengan Sungai Gombak beliau telah menamakan tempat tersebut sebagai ‘Lumpor’.

Setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua iaitu zaman peralihan antara kekalahan dan pemerintahan semula kerajaan British, Tanah Melayu ketika itu telah dikuasai oleh pengganas komunis atau dipanggil Bintang Tiga (tempoh empat belas hari komunis memerintah Malaya).
Berikutan dengan pemerintahan ini, Bukit Belacan yang terletak di kawasan Ampang telah dijadikan tempat memancung kepala pengikut tentera Jepun oleh pihak komunis.

Ketika peristiwa 13 Mei yang berlaku pada 1969, Ampang tidak terlibat dalam sebarang pertelingkahan, pergaduhan atau pertumpahan darah disebabkan kawalan ketat yang disusun oleh pihak kerajaan pada masa itu serta kebijaksanaan para pemimpin masyarakat menjaga sentimen masyarakat Melayu dan Cina.

Previous Post Next Post