Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Baling - 30 Okt 2016

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada Rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN


2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG


3. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP


4. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN


5. PENOLONG AKAUNTAN


6. PENOLONG JURUAUDIT


7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR


8. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN


9. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)


10. PEMBANTU TADBIR (1PERKERANIAN DAN OPERASI)


11. PEMBANTU PENILAIAN


12. PEMBANTU KESIHATAN AWAM


13. PEMBANTU PENGUATKUASA


14. PEMBANTU AWAM


15. PEMANDU KENDERAAN



Cara Memohon:


(a) Borang permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling (www.mdbaling.gov.my) secara percuma atau di Bahagian Sumber Manusia, Majlis Daerah Baling dengan bayaran RM2.00 untuk setiap satu borang.

(b) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

i. Gambar berukuran passport

ii. Salinan Sijil Kelahiran

iii. Salinan Kad Pengenalan

iv. Salinan Sijil Peperiksaan

v. Lain-lain Sijil yang berkaitan

(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh pegawai kumpulan profesional dan sokongan 1.)

(c) Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.

(d) Permohonan berikut akan DITOLAK

i. tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

ii. borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;

iii. borang permohonan tidak ditandatangani;

iv. borang permohonan tidak disertakan gambar; dan

vi. salinan dokumen yang tidak diakui sah.


Alamat Permohonan:

1. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING,
09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

2. Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan.



Tarikh Tutup Permohonan:


Pada atau sebelum : 30 Oktober 2016



Catatan Am:

(a) Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.

(b) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;

(c) Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Daerah Baling



Latar Belakang

Majlis Daerah Kerajaan Tempatan ditubuhkan pada 01 April 1976 selepas penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan.

Terdiri daripada 2 buah Lembaga Bandaran dan 3 buah Majlis Mesyuarat Tempatan

a) Lembaga Bandaran Baling
b) Lembaga Bandaran Kuala Pegang
c) Majlis Tempatan Kuala Ketil
d) Majlis Tempatan Tawar
e) Majlis Tempatan Kupang

Pada tahun 1987, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan telah ditukar nama kepada Majlis Daerah Baling.

Previous Post Next Post