Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Terbuka 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).



Jawatan:


1. PROFESOR GRED KHAS C (VK7)


2. PROFESOR MADYA GRED DS53


3. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45


Cara Memohon:


Borang permohonan (link muatturun borang permohonan admin sediakan di bawah)
yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-


PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
TINGKAT 3, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS


(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat)


Keputusan:

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.



Tarikh tutup permohonan :  Terbuka 2016



Klik Maklumat Lengkap Iklan

Klik Muatturun Borang Permohonan

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)



Latar Belakang UniMAP

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) ditubuhkan sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pada 25 Julai 2001. Penubuhan UniMAP bertujuan untuk melahirkan jurutera berkemahiran tinggi dan kompeten bagi memenuhi dan menyokong Pelan Perindustian Negara.

Aktiviti pembangunan kurikulum, pembangunan fizikal dan pengambilan staf bermula selepas perlantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor pada 16 Februari 2002. UniMAP mula beroperasi di kampus sementara di Kubang Gajah, Arau, Perlis pada 2 Mei 2011. Manakala pengambilan pelajar pertama seramai 116 orang bagi sesi akademik 2002/2003 dibuat pada 20 Jun 2002.

UniMAP melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut keperluan akreditasi EAC-BEM untuk menghasilkan jurutera yang berkebolehan dan mampu mengaplikasikan sebarang konsep teori. Program akademik UniMAP adalah berasaskan sekitar 80% pengajaran dalam bentuk teori dan 20% praktikal. Kurikulum yang disediakan telah direkabentuk agar ia setara dengan mana-mana program kejuruteraan yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Kampus tetap UniMAP adalah di Pauh seluas 1050 ekar dan di Sungai Chuchuh seluas 300 ekar dan masih di peringkat pembangunan. Namun terdapat beberapa Jabatan dan Pusat Pengajian yang terlah beroperasi penuh di Kampus Pauh Putra antaranya adalah Jabatan Perpustakaan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Mikroelektronik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Pembuatan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik dan Institut Matematik Kejuruteraan.

Previous Post Next Post