Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) - 27 Jan 2017

Jabatan Agama Islam Sarawak mempelawa pemohon warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat pelantikan bagi mengisi kekosongan untuk jawatan-jawatan seperti berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S29


2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41


3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (HALAL)* N29



Tarikh tutup permohonan : 27 January 2017



* Permohonan adalah melalui link yang admin sediakan di bawah.



Klik Maklumat Lengkap Iklan

Tentang JAIS

Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T., kerana atas limpah dan kurniaNya kita dapat melangkah ke tahun demi tahun. Semoga permulaan tahun ini akan turut disertai dengan tekad untuk lebih bersemangat dan azam yang semakin kuat untuk kita bersama-sama meningkatkan prestasi perkhidmatan demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara yang tercinta ini.


JAIS tidak ketinggalan dalam mengorak langkah untuk terus bergerak dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini. Sesungguhnya, Jabatan sentiasa memberi penekanan dan keutamaan dalam menyahut seruan Kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai cabang ilmu dan sumber teknologi untuk menjana kemajuan semua warga Jabatan. Laman web ini adalah sebahagian daripada usaha jabatan ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.



Dengan adanya laman web ini, saya berharap ia dapat dijadikan wadah kepada warga JAIS dan pengunjung bagi mendapatkan informasi terkini mengenai aktiviti dan perkembangan JAIS. Bukan sahaja sebagai maklumat tetapi jauh daripada itu sebagai wadah rujukan buat umat Islam dalam permasalahan kehidupan.

Previous Post Next Post