Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 21 Feb 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT - 3 Kekosongan 


2. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (KONTRAK) - 9 Kekosongan 


2. PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19 (TETAP) - 5 Kekosongan 


4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19  (KONTRAK) - 4 Kekosongan 


5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U19  (TETAP) - 9 Kekosongan 


6. PEMBANTU PENILAIAN (PSH) - 2 Kekosongan 


7. PEMBANTU PUSTAKAWAN GRED S19 - 1 Kekosongan 


8. PEMBANTU TADBIR (PENGAWAS) (PSH) - 15 Kekosongan 


9. PEMBANTU TADBIR (P/O) (PSH) - 14 Kekosongan 


10. PEMBANTU TADBIR (P/O) (KONTRAK) – GRED N19 - 8 Kekosongan 


11. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29  - 4 Kekosongan 


12. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN (KONTRAK) – GRED W29  - 6 Kekosongan 


13. PEMBANTU AWAM - 3 Kekosongan 


14. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (PSH) - 1 Kekosongan 


15. PEMBANTU AWAM (CONTRACT FOR SERVICE) - 6 Kekosongan 


16. AHLI MUZIK (PENYELARAS ACARA) GRED B31 - 1 Kekosongan 


17. AHLI MUZIK (PENTADBIRAN) GRED B29 - 1 Kekosongan 


18. JURUAUDIT GRED W41 (TETAP) - 1 Kekosongan 


19. JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 (KONTRAK) - 1 Kekosongan 


20. PEGAWAI EHWAL EKONOMI (CONTRACT FOR SERVICE) - 1 Kekosongan 


21. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK) - 3 Kekosongan 


22. PEGAWAI TADBIR (CONTRACT FOR SERVICE) - 1 Kekosongan 


23. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (TETAP) - 7 Kekosongan 


24. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (KONTRAK) - 1 Kekosongan 


25. PEGAWAI TADBIR (CONTRACT FOR SERVICE) - 1 Kekosongan 


Tarikh Tutup Permohonan : 21 Feb 2017




Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Latar Belakang

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.

Previous Post Next Post