Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - 19 May 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Universiti Malaysia Pahang (UMP) seperti berikut :-



Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR N41/N44


2. PEGAWAI PSIKOLOGI S41/S44


3. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19/S22 


Closing date : 19 May 2017


Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman
web UMP, www.ump.edu.my atau melalui link yang admin sediakan di bawah. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Atas Talian (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui laman web UMP).

Permohonan yang tidak dibuat secara atas talian adalah tidak akan dilayan. Sila nyatakan
jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat. Permohonan yang lengkap
berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan hendaklah dihantar
kepada :

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Jawatan Kosong Terkini 2016 di Universiti Malaysia Pahang (UMP)


Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah sebuah universiti teknikal yang ditubuhkan pada tahun 2002. UMP menawarkan pelbagai program teknikal berteraskan Kejuruteraan dan Teknologi. Dalam bidang penyelidikan pula, universiti memberi tumpuan kepada penyelidikan gunaan dan projek-projek industri dengan industri setempat bagi memperkayakan pengajaran dan pembelajaran di samping mempromosikan aktiviti-aktiviti pengkomersialan produk penyelidikan.

Kampus UMP di Pekan

Kampus tetap UMP kini telah mula beroperasi di Kuala Pahang, Pekan pada 27 Julai 2009. Pada masa ini, ia menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP). Kampus seluas 642 ekar ini boleh menampung sehingga 10,000 orang pelajar dan 2,000 orang staf.

Previous Post Next Post