Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PENOLONG AKAUNTAN – W27 


Cara memohon:

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan:

a. Surat Permohonan;
b. Profil Peribadi / Resume;
c. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan;
d. Salinan sijil akademik dan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan; dan
e. Sekeping gambar terbaru berukuran passport (tidak dikembalikan).

2. Sila hantar permohonan kepada:

YAYASAN KUIS
ARAS 1, BANGUNAN PENTADBIRAN,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS),
BANDAR SERI PUTRA,
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN



Tarikh tutup permohonan : 17 November 2017 (Jumaat)



Klik Untuk Maklumat Lanjut Permohonan

Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Pengenalan KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.


0 Response to "Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 17 November 2017"

Post a Comment