Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak - 4 Januari 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan seperti berikut :-

Jawatan:


1. KERANI AKAUN (LELAKI)


2. PENGURUS - AGROTOURISM & PENGURUS - PERAK AGRO HERBA


3. PENGURUS LADANG



Cara-Cara Memohon:

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK
NO. 3, JALAN TAMAN KINTA
TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.
(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)


Tarikh Tutup Permohonan : 04 Januari 2018



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Jawatan Kosong Terkini 2017 di Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak


Sejarah Penubuhan

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-
  1. Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
  2. Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.

Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil.2 tahun 1973(asal),pin.9(1974) dan pin.bil7(1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Operasi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah berlandaskan kepada objektif-objektif berikut :-
  1. Meningkatkan pertumbuhan industri pertanian negeri perak.
  2. Menjalankan aktiviti secara langsung dan tidak langsung bagi membantu individu,kumpulan, syarikat atau agensi dalam menggalakkan pembangunan pertanian.

Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak  sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu :
  • Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  • Pegawai Kewangan Negeri Perak
  • Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua – Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.

Previous Post Next Post