Jawatan Kosong Terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 23 Januari 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 23 Januari 2018


Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Pelan Strategik KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut:-



Jawatan:


1. PEMBANTU AM RENDAH LANDSKAP (GRED N1)


* Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah.


Tarikh tutup permohonan : 23 Januari 2018 (Khamis)



Klik Untuk Maklumat Lanjut Permohonan


Like Page Khas - Kerja Kosong di Selangor
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Pengenalan KUIS

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, KUIS  berusaha melahirkan Da’i, Ulama dan Umara.

Berpaksikan motto  “Pemangkin Tradisi  Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan  Islam Andalusia, KUIS  telah  bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang terteraskan tauhid dan  sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti dalam menuju sebuah Universiti Islam dalam tempoh yang terdekat. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat sebagai mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid.


0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - 23 Januari 2018"

Post a Comment