Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Manjung - 16 Januari 2018 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2018 | 2019

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Manjung - 16 Januari 2018



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia keutamaan kepada Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan sahaja, untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di dalam iklan. 



Jawatan:


1. PEGAWAI TADBIR GRED N41 (PENEMPATAN DI BAHAGIAN PELESENAN)


2. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J41


3. PEMBANTU TADBIR (PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT) GRED N19



*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah



Sebelum atau pada : 16 Januari 2018







Latar Belakang MPM

Majlis Daerah Manjung (MDM) telah ditubuhkan pada 1 Jan 1980 dengan percantuman beberapa buah Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan (LPKT) dan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Manjung pada 1 Ogos 2001. Keluasan kawasan MPM terbahagi kepada :-
  • Luas Kawasan Majlis tahun 2006 ialah 301.82 km persegi @ 20.88% dari keseluruhan Daerah Manjung (1,171km persegi)
  • Kawasan Operasi (180.47 km persegi)
  • Kawasan Kawalan (121.35 km persegi) 

Menurut catatan sejarah, Daerah/Jajahan Dinding merupakan sebuah daerah yang berada di bawah pemerintahan Negeri-negeri Selat. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut.

Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah (Lumut) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak pada ketika itu juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai orang Besar Jajahan.

Bagi memperingati peristiwa tersebut Masjid Al-Adli telah dibina (di Bandar Lumut) melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Sehingga tahun 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Pada 1 Januari 1982, jajahan yang dahulunya dikenali dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung yang merangkumi satu unit pentadbiran yang meliputi mukim Beruas dan Sitiawan.


0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Manjung - 16 Januari 2018"

Post a Comment