Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) - 9 Mac 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS) seperti berikut;



Jawatan:


1. PEGAWAI PENERANGAN GRED S41


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Tarikh tutup permohonan : 09 Mac 2018 (Jumaat)


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (WIPERS)


Latar Belakang

Majlis Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971, Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia Jadual Kedua (Pindaan) 1988. Majlis Sukan Kuala Lumpur yang pada masa itu berada di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertanggungjawab untuk melaksanakan program pembangunan sukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seperti program pembangunan sukan atlet remaja, atlet berbakat dan berprestasi tinggi (elit) dalam arena sukan tempatan baik di peringkat dalam negeri mahupun antarabangsa.

Mulai 28 Oktober 1996, Majlis Sukan Kuala Lumpur dipisahkan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan diletakkan di bawah Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tertinggi (JKTT) Bil. 10/1996 . Pada 27 Mac 2004, Kementerian Wilayah Persekutuan telah ditubuhkan dan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang (BKWPPLK). Jabatan Perdana Menteri menjadi sebahagian daripadanya.

Walau bagaimanapun, Majlis Sukan Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 1979 adalah tidak meliputi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Persekuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dari segi Akta Majlis Sukan Negara (Pindaan) 1979 (Akta A460) Seksyen 2(a). Seksyen tersebut hanya menyatakan kewujudan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis Sukan Negeri di bawah seksyen 7 dan tidak merujuk kepada Majlis Sukan Kuala Lumpur.
Previous Post Next Post