Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 29 Mac 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 29 Mac 2018


Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.



Jawatan:


1. JURUUKUR BAHAN J41


Syarat-syarat Lantikan:

- Semua jawatan hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.

- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(a) Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. ( Gaji permulaan ialah pada Gred J41 : RM2,529.00 )

(b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred

C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Cara memohon:

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBJB/BSM/2014/1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Aras 4, Bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru ATAU pemohon boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Bandaraya Johor Bahru di alamat www.mbjb.gov.my.

(b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Bil.17 di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005 dan memastikan Laporan Penilaian Prestasi dan Penyata Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama-sama.

(c) Semua permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan :-

(i) salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);

(ii) salinan Sijil Penilaian Menengah Rendah (PMR);

(iii) salinan transkrip pengajian;

(iv) salinan sijil Diploma/Ijazah;

(v) salinan semakan Pengiktirafan Kelayakan dari JPA (Diploma/Ijazah);

(vi) salinan sijil/dokumen akademik dan lain-lain yang berkaitan;

(vii) salinan Lesen Kelas Memandu;

(viii) salinan kad pengenalan;

(ix) salinan sijil kelahiran; dan

(x) gambar berukuran pasport terbaru. dan hendaklah diakui sah serta alamatkan kepada :-

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU
PETI SURAT 232
80720 JOHOR BAHRU


Tarikh tutup permohonan : 29 Mac 2018


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Latar Belakang

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru.

Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.



0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 29 Mac 2018"

Post a Comment