Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 59/18 (Khas Kaum India) TUDM - 2 April 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 59/18 (Khas Kaum India) TUDM - 2 April 2018


Peluang keemasan kepada belia negara untuk menjadi salah seorang warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui kemasukan sebagai anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di dalam pelbagai bidang kepakaran dan cawangan.



Jawatan:


1. PEMILIHAN AWAL TERBUKA PERAJURIT MUDA UDARA
SIRI 59/18 – KHAS KAUM INDIA


Tarikh tutup permohonan : 02 April 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat melalui link di bawah untuk mengetahui syarat dan untuk memohon.


Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 5918 (LelakiWanita) TUDM

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

Penubuhan TUDM

Sejarah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bermula apabila Ordinan Tentera Udara diluluskan oleh Parlimen pada hari Isnin, 2 Jun 1958 dan semasa ditubuhkan ia dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan“.

Air Commodore A.V.R. Johnstone seorang pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) telah dipinjamkan untuk menjadi penasihat kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya telah dilantik menjadi Ketua Turus Tentera Udara yang pertama.

Beliau bertanggungjawab merangka penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan bagi negara yang baru merdeka dari segi organisasi, sumber manusia, aset dan syarat-syarat perkhidmatan. Sebagai angkatan yang termuda di dalam Angkatan Tentera ketika itu anggota terawalnya adalah terdiri daripada pegawai dan anggota yang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British.

Sekumpulan pegawai dan anggota yang menjadi perintis Tentera Udara Diraja Persekutuan telah ditukarkan daripada Tentera Udara Diraja British pada bulan November 1958. Mereka yang menjadi tenaga penggerak organisasi TUDM ialah Flying Officer Li Heng Lip, Sergeant Subramaniam, Corporal Razi Osman, Corporal Othman Mohd Ismail, Corporal Wan Said, Sorporal J D Pasley, Corporal Mahevan, Senior Aircraftsman (SAC) Surindran, SAC Md Noor, SAC Zainal Abidin, SAC Mohd Hussain dan Junior Technician (JT) Ismail Arifin.

Sebagai angkatan yang muda tugas awal yang diamanahkan kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan pada ketika itu ialah untuk memberikan perkhidmatan perhubungan melalui udara dan membantu pasukan keselamatan menjalankan operasi memerangi komunis yang mengancam negara. Dengan tertubuhnya Malaysia pada 16 September 1963, nama Tentera Udara telah ditukar kepada “Tentera Udara Diraja Malaysia” atau lebih dikenali sebagai TUDM.



0 Response to "Pengambilan Perajurit Muda Udara Siri 59/18 (Khas Kaum India) TUDM - 2 April 2018"

Post a Comment