Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) - 16 April 2018 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2018 | 2019

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) - 16 April 2018



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk mengisi jawatan-jawatan berikut :-



Jawatan:


1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29


4. JURUTEKNIK KOMPUTER FT19


5. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U19


Tarikh tutup permohonan :  16 April 2018 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK)

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Selaras dengan Seksyen 7(1) Akta 171 pada Julai 1997, MDKK telah mewartakan seluas 79.94 km persegi sebagai kawasan yang diperluaskan pemakaian semua Akta yang diterima pakai oleh MDKK. Kawasan MDKK mempunyai penduduk berbilang bangsa.

Pada tahun 2000 iaitu mengikut banci 2000, jumlah penduduk di Daerah Kuala Kangsar menjangkau 154, 048 orang. Keluasan Kawasan Pentadbiran Kuala Kangsar adalah 204.94 km persegi.  Keluasan kawasan kawalan pula terdiri daripada 47.6 % daripada keluasan sebenar dan 157.3 % merupakan kawasan operasi   yang diberikan perkhidmatan perbandaran.

Pada 18 Februari 2004, Majlis Daerah telah diberi taraf Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. MPKK berjanji menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada masyarakat. bersempena dengan motto MPKK iaitu Mengutamakan Pelanggan Komitmen Kami.

MPKK berhasrat menjadikan Kuala Kangsar sebagai " KUALA KANGSAR INDAH PERMAI ".Bagi menjamin hasrat ini tercapai, MPKK telah membentuk matlamatnya iaitu "KUALA KANGSAR BANDAR DIRAJA, BANDAR WARISAN BUDAYA".




0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) - 16 April 2018"

Post a Comment