Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 15 April 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 15 April 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) seperti berikut : 
tere


Jawatan:


1.  PEMBANTU OPERASI GRED N11 - 111 Kekosongan
(Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar)


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan link di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA8i, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.


Sebelum atau pada 15 April 2018 (Ahad) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Latar Belakang

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya."



0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) - 15 April 2018"

Post a Comment