Jawatan Kosong Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Mei 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Mei 2018

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :



Jawatan:


1. JURU X-RAY U29  


2. JURUPULIH PERUBATAN U29 


3. JURUTERAPI PERGIGIAN U29  


4. PEGAWAI PERGIGIAN UG41  


5. PEGAWAI TADBIR N41 


6. PEMBANTU KEMAHIRAN H19  


7. PEMBANTU OPERASI N11  


8. PENGAWAL KESELAMATAN KP11  


9. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29  


10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


Tarikh Tutup Permohonan : 02 Mei 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Tentang UKM

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.

Perjuangan yang tidak pernah luput itu mencapai kejayaan dengan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 18 Mei 1970 yang memulakan operasi pertamanya di Lembah Pantai Kuala Lumpur. Kumpulan pertama pelajar prasiswazah seramai 190 orang dan satu (1) orang pascasiswazah mula mendaftar di tiga buah fakulti iaitu Fakulti Sains, Fakulti Sastera dan Fakulti Pengajian Islam.



0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 2 Mei 2018"

Post a Comment