Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Yayasan Selangor - 13 April 2018

Yayasan Selangor telah melanjutkan pelawaan kepada pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut :



Jawatan:


1. PENOLONG AKAUNTAN W29


2. JURUAUDIT W41



Tarikh Tutup Permohonan : 13 April 2018


Cara memohon:

Permohonan hendaklah dibuat melalui jobsmalaysia
Sila ke laman jobsmalaysia : Klik Sini


Ikuti step di bawah :

1. Sila masukkan keyword : Yayasan Selangor

2. Cari Kekosongan tukar kepada Cari Majikan & Search

3. Pilih :

Majikan: YAYASAN SELANGOR
YAYASAN SELANGOR, PETALING, SELANGOR. SEKTOR: PEMBANGUNAN BAGI PROJEK YANG DIBINA UNTUK OPERASI SENDIRI SPT. UNTUK SEWAAN RUANG DI DALAM BANGUNAN - No. 2

4. Pilih Jawatan yang berkelayakan, klik dan Mohon


Perhatian:

Pastikan anda telah mendaftar dengan Jobsmalaysia semasa hendak memohon. Semoga berjaya.


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Yayasan Selangor

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Nama Asrama Yayasan Selangor yang terulung diwujudkan pada tahun 1971 adalah diambil sempena nama seorang anak jati Selangor dari Pasir Penambang, Kuala Selangor iaitu Dr. Abdul Latiff bin Abdul Razak. Menjadikan kejayaan Dr. Abdul Latiff sebagai anak Kampung yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya, Yayasan Selangor meletakkan harapan agar anak-anak Negeri Selangor diberi peluang belajar di sekolah Bandar dan ditempatkan di Asrama Doktor Latiff sebagai idola untuk berusaha dengan gigih dan tekun bagi mencapai kejayaan. 

Pentadbiran awal Asrama Dr. Latiff telah diterajui oleh Penguasa Asrama yang pertama iaitu Encik Samad bin Kahar yang telah berkhidmat dari tahun 1971 hingga 1976. Di asrama ini, kemudahan-kemudahan asas untuk proses pembelajaran disediakan seperti makanan, bilik, katil, kelas, meja belajar dan pengangkutan ke sekolah. Pada peringkat awal iaitu pada 1 januari 1971, kumpulan pertama pelajar yang diambil adalah dari kalangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan darjah lima. Walau bagaimanapun , peluang telah dibuka kepada pelajar-pelajar miskin yang hanya mendapat 1A, memandangkan pada ketika itu pelajar-pelajar melayu di luar Bandar yang mencapai keputusan cemerlang amat kurang.


Previous Post Next Post