Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Teluk Intan - 7 June 2018

Pemohonan adalah dipelawa daripada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan sahaja untuk memenuhi jawatan berikut :



Jawatan:

1. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA KP32


2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29


3. PENOLONG JURUTERA JA29


4. PEMBANTU OPERASI N11


5. PENGHANTAR NOTIS N11


Tarikh tutup permohonan : 07 Jun 2018 (Khamis)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Perbandaran Teluk Intan



Asal - Usul Nama Teluk Intan

Teluk Mak Intan.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Previous Post Next Post