Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 16 July 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 16 July 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan kepada anak Negeri Selangor) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti berikut:



Jawatan:


1. AKAUNTAN GRED WA41


2. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29


3. PENOLONG JURUTERA GRED JA29


Tarikh tutup permohonan pada 16 Julai 2018 (Isnin) sebelum jam 12.00 tengahari


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini



Sejarah

Sejarah Penubuhan JAIS bertitik tolak daripada keperihatinan Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj terhadap nasib rakyat dalam zaman pemerintahan Jepun dan penularan fahaman komunis yang boleh menjejaskan nilai akhlak serta kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Baginda menitahkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam diwujudkan. Pada 1 Oktober 1945, Jabatan Hal Ehwal Islam ditubuhkan, di mana YM Raja Haji Nong bin Raja Hussin telah dilantik menjadi setiausaha institusi ini. Pejabat sementara pentadbiran ini telah ditempatkan di pejabat Sultan yang terletak berhampiran dengan Istana Kota Klang setelah mendapat restu dan keizinan Baginda. Pembiayaan pengurusan adalah bersumberkan daripada peruntukan diraja.

Penubuhan Jabatan ini membantu usaha kerajaan dalam mengekang perkembangan fahaman komunis di Tanah Melayu di samping memperbaiki akhlak dan kepercayaan orang Melayu pada masa itu. Setelah dirujuk susunan pentadbiran Jabatan Agama Islam Johor berasaskan satu lawatan ke Jabatan Agama Islam Johor pada 1946, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor telah digubal pada tahun 1947 meliputi hal penubuhan Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Rentetan daripada perkembangan ini, tertubuhlah secara rasminya Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam pada bulan Januari 1948. Bangunan lama Kelab Diraja Selangor dipilih sebagai pejabat pentadbirannya.




0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - 16 July 2018"

Post a Comment