Jawatan Kosong Terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 27 Julai 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 27 Julai 2018

Rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong seperti berikut di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) :-



Jawatan:-


1. PENOLONG JURUTERA JA29


Permohonan dihantar sebelum atau pada 27 Julai 2018 (Jumaat)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)


Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini




Sejarah MAIPk

Negeri Perak merupakan salah sebuah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ("Federated Malay States") yang ditubuhkan menerusi Perjanjian Bersekutu ("Treaty of Federation") pada 1 Julai 1896. Pada ketika itu, Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan) telah ditubuhkan untuk membincangkan hal ehwal dan kepentingan bersama di antara Raja-Raja Melayu dengan Pemerintahan British. Negeri Perak menjadi tuan rumah kepada mesyuarat pertama Majlis Raja-Raja Melayu bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau lebih dikenali sebagai Mesyuarat Durbar, yang telah diadakan pada 13 hingga 17 Julai 1897 bertempat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pihak British, bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama, bahawa, segala perkara berhubung hal ehwal Agama Islam ("Islamic Affair") dan Adat Melayu ("Malay Custom") hendaklah berada di bawah bidang kuasa Raja Melayu. Justeru, Ketua Agama Islam dan Adat Melayu yang berkuasa penuh di Negeri Perak pada zaman itu, ialah Duli Yang Maha Sultan. Amalan ini dikekalkan hingga ke hari ini.



0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) - 27 Julai 2018"

Post a Comment