Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor - 24 Julai 2018 - Jawatan Kosong Terkini Kerajaan & Swasta 2018 | 2019

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor - 24 Julai 2018


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Daerah Kuala Selangor dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:

1. PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41 / L44


2. ARKITEK J41


3. JURUUKUR BAHAN J41


4. AKAUNTAN WA41


5. PEGAWAI TADBIR N41


6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG L29


7. PENOLONG AKAUNTAN W29


8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29


9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19


10. PEMBANTU PENILAIAN W19


11. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W36



12. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN U32


13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N32


14. PEMANDU KENDERAAN H11


Tarikh Tutup Permohonan : 24 Julai 2018 (Selasa)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Daerah Kuala Selangor

Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini


Latar Belakang

Majlis Daerah Kuala Selangor ditubuhkan pada tahun 1978 melalui Pemberitahuan Undang-Undang Negeri Selangor 18/78. Ianya adalah gabungan dari 5 majlis tempatan iaitu:
  • Majlis Tempatan Kuala Selangor
  • Majlis Tempatan Tanjong Karang
  • Majlis Tempatan Batang Berjuntai ( Bestari Jaya )
  • Majlis Tempatan Ijok
  • Majlis Tempatan Jeram

Seterusnya, dalam tempoh 25 tahun selepas penubuhannya, MDKS telah melalui beberapa siri perluasan kawasannya bermula dengan pewartaan kawasan seperti yang ditunjukkan dalam pelan warta PW 459 yang diwartakan pada 6 Febuari 1978, diikuti PW 646 pada 15 November 1986, PW 981 pada 1 Disember 1994. Peluasan kawasannya yang terakhir melalui PW 1414 pada 25 Febuari 2006 yang meliputi seluruh kawasan Daerah Kuala Selangor. Kawasan pentadbiran MDKS ini meliputi pekan-pekan kecil seperti Pekan Kuala Selangor, Ijok, Jeram, Assam Jawa, Bukit Rotan, Seri Tiram Setia, Tanjong Karang, Sungai Janggut, Sungai Sembilang, Bestari Jaya, Kampung Kuantan, Sungai Buloh, Pasir Penambang. Turut terlibat ialah kawasan pembangunan baru seperti Puncak Alam, Saujana Utama dan Desa Coalfields.

Kawalan dan perancangan pembangunan MDKS dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan seperti Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663), Enakmen Hiburan Dan Tempat-Tempat Hiburan, Undang-Undang Kecil MDKS (20 UUK) serta berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diputuskan dari semasa ke semasa.


Klik Maklumat Lengkap Iklan

Klik Mohon Secara Online

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Daerah Kuala Selangor - 24 Julai 2018"

Post a Comment