Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 6 Aug 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 6 Aug 2018


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan bertaraf Tetap dan Kontrak di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan keutamaan  kepada Anak Negeri Selangor.



Jawatan:

1. PEMBANTU OPERASI – GRED N11 - 1 Kekosongan 


2.  PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19 - 2 Kekosongan 


3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19 - 3 Kekosongan 


4. PENGHANTAR NOTIS – GRED N11 - 1 Kekosongan 


5. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N29 - 1 Kekosongan 


6. PENOLONG PEGAWAI UNDANG-UNDANG – GRED L29 - 1 Kekosongan 


7. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11 - 3 Kekosongan 


8. PEMBANTU MUZIUM – GRED S1 - 1 Kekosongan 


Tarikh Tutup Permohonan : 06 Ogos 2018 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)


Latar Belakang

Pada awal tahun 50an, Kuala Lumpur telah mengalami kesesakan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat dan banyak setinggan wujud di kawasan pinggir Kuala Lumpur. Bagi mengatasi masalah ini, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenalpasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru atau kawasan petempatan bagi mengatasi kesesakan serta mengatasi masalah setinggan yang wujud. Penempatan yang terletak di Daerah Petaling ini telah dinamakan sebagai Petaling Jaya bagi menggambarkan harapan perancangan semoga penempatan ini menjadi sebuah pekan yang berjaya.

Pada awal penubuhannya Petaling Jaya memberi keutamaan kepada kerja-kerja pembangunan. Pihak berkuasa telah berusaha menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian dan kemudahan-kemudahan awam. Pembangunan Petaling Jaya bermula di pekan "Old Town" dengan pembinaan deretan rumah-rumah kedai, balairaya, panggung wayang, stesen bas dan lain-lain. Jalan 1 (satu) yang sekarang dipanggil Jalan Templer merupakan jalanraya pertama yang dibina di Petaling Jaya.

Sehingga akhir tahun 1954, Petaling Jaya diurustadbir oleh Pegawai Daerah Kuala Lumpur dan Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Kuasa pentadbiran bandar Petaling Jaya kemudiannya diserahkan kepada sebuah Badan Berkanun iaitu Petaling Jaya Authority. 1hb Januari 1964, merupakan satu detik bersejarah bagi Petaling Jaya kerana melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N Bil 2/1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai ‘Autonomi Kewangan' telah ditubuhkan untuk mentadbir bandar Petaling Jaya.





Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) - 6 Aug 2018"

Post a Comment