Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 23 Aug 2018 - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 23 Aug 2018


Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan sebagaimana di bawah. Keutamaan akan diberi kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut.



Jawatan:


1. JURUTERA (MEKANIKAL)


2. PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN


3. PEMBANTU KEMAHIRAN


4. PEMBANTU KESIHATAN AWAM


5. PEMBANTU PENGUAT KUASA


Tarikh tutup permohonan : 23 Ogos 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)



Latar Belakang

Sejarah perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru bermula pada tahun 1933 apabila Jabatan Lembaga Bandaran ditubuhkan, seterusnya dinaikkan ke taraf Majlis Bandaran pada tahun 1950. Pada tahun 1967, di bawah Seksyen 15 Enakmen Lembaga Bandaran 118, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor telah mengambil alih kuasa pentadbiran Bandar Johor Bahru.

Pada 1 April 1977, Majlis Bandaran dinaiktaraf ke Majlis Perbandaran dan seterusnya menikmati kenaikan taraf kepada sebuah Bandaraya pada 1 Januari 1994 dan dikenali sebagai Majlis Bandaraya Johor Bahru. Bermula pada tarikh ini, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor melepaskan tanggungjawabnya sebagai "Yang Dipertua" dengan perlantikan Datuk Bandar, Bandaraya Johor Bahru. Berikut merupakan ringkasan penubuhan Majlis Bandaraya Johor Bahru.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) - 23 Aug 2018"

Post a Comment