Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 26 Aug 2018 [11 Kekosongan] - JAWATAN KOSONG 2018 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 26 Aug 2018 [11 Kekosongan]

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak di Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis seperti berikut:



Jawatan:


1. PEMANDU KENDERAAN GRED H11 - 11 Kekosongan
(Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis)


Cara Memohon:

Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) dengan menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan Sektor Awam (SPA8i) yang diperolehi melalui pautan link di bawah. Jika anda sudah pernah mengisi/mendaftar di SPA8i, anda hanya perlu mengemaskini pilihan jawatan sahaja.


Sebelum atau pada 26 Ogos 2018 (Ahad) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis


Sejarah Pejabat SUK Perlis

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1938, pada era kolonial Inggeris di Tanah Melayu. Ketika itu ia dikenali sebagai Pejabat British yang bertanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal Pentadbiran Kolonial British di Negeri Perlis. Anak Melayu pertama yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis ialah Yang Berhormat Tuan Osman bin Talib yang berkhidmat pada 1 Febuari 1948 hingga 19 November 1949.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merupakan jentera terpenting di bawah Kerajaan Negeri yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan pembangunan Negeri Perlis, bagi membawa kemakmuran kepada rakyat keseluruhannya dan menyumbang kepada usaha pembangunan negara.

Struktur pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Pembangunan. Bahagian Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan keurusetiaan melalui Pejabat Menteri Besar, Pejabat Dewan Undangan Negeri, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia, Unit Perhubungan Korporat, Unit Protokol dan Majlis Sukan Negeri. Manakala Bahagian Pembangunan melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pelaksanaan melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri, Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Pentadbiran Daerah dan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis - 26 Aug 2018 [11 Kekosongan]"

Post a Comment