Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - 20 Aug 2018

Kami menjemput anda warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagaimana di bawah :



Jawatan:


1. ARTIS BUDAYA B19


2. JURUFOTOGRAFI B19


3. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29


4. PEGAWAI FARMASI UF41


5. PEGAWAI PENERBITAN N41


6. PEGAWAI PERUBATAN UD43


7. PEMANDU KENDERAAN H11


8. PEMBANTU OPERASI N11


9. PEMBANTU PEMULIHARAAN S19


10. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT N19


11. PENOLONG AKAUNTAN W29


12. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 


13. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29


14. PUSTAKAWAN S41


Tarikh Tutup Permohonan : 20 Ogos 2018 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)



Tentang UKM

Cetusan pertama gagasan perlunya pendidikan tinggi untuk orang Melayu berlaku dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja pada 1903. Za’ba, seorang cendekiawan, menulis berkenaan gagasan tersebut dalam akhbar Lembaga Melayu pada 1917. Gerakan pemikiran, perdebatan serta tekad golongan cendekiawan Melayu untuk menubuhkan sebuah universiti dan menggunakan bahasa Melayu, bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi bermula pada 1923 apabila Abdul Kadir Adabi, seorang lagi cendekiawan Melayu mengemukakan memorandum gagasan tersebut kepada DYMM Sultan Kelantan. Namun demikian, pemikiran dan tekad tersebut tidak dapat berkembang dan terlaksana kerana wujudnya berbagai-bagai halangan dan rintangan oleh tekanan kolonialisme.

Mulai 1957 hingga 1967, perjuangan untuk penubuhan universiti kebangsaan menjadi semakin bersemarak sebagai memenuhi tuntutan dan semangat kemerdekaan bangsa dan negara. Sehubungan itu, pada 1968 cendekiawan Melayu telah membentuk sebuah jawatankuasa penaja yang berperanan merancang penubuhan sebuah universiti kebangsaan. Pelbagai forum budaya dan politik diadakan bagi mendapat sokongan kerajaan dan rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi pengajian tinggi yang memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua bidang pangajian dan keilmuan.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post