Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia - 27 Nov 2018

Suruhanjaya perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) mencari individu yang berintegriti, memiliki kemahiran interpersonal, daya tahan, komitmen, orientasi sosial serta semangat berpasukan yang tinggi untuk menyertai perkhidmatan awam seperti jawatan di bawah:



Jawatan:


1. JURUTERA MEKANIKAL J41 - 4 Kekosongan


2. JURUTERA AWAM J41 - 50 Kekosongan


3. PENOLONG JURUTERA ELEKTRIK JA29 - 5 Kekosongan


4. PENOLONG JURUTERA MEKANIKAL JA29 - 11 Kekosongan


5. PENOLONG JURUTERA AWAM JA29 - 64 Kekosongan


Tarikh tutup permohonan sebelum atau pada 27 November 2018 (Selasa) jam 11:59 malam


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia



Sejarah Penubuhan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. Secara Rasmi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk sebagaimana termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan:- "Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.


Previous Post Next Post