Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK) - 31 Dec 2018

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia/Rakyat Negeri Kedah yang berkelayakan bagi mengisi jawatan kosong seperti di bawah:



Jawatan:-

1. Pembantu Pustakawan
2 Kekosongan


Syarat Lantikan:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) warganegara Malaysia; 

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;(Gaji permulaan ialah pada Gred S19 : RM1,352.00) atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27:RM1,661.95); dan

(d). Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia


Cara Memohon:

Borang Permohonan boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dengan dikenakan bayaran RM5.00.

(b) Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara atau dokumen–dokumen seperti berikut:

i. Gambar berukuran pasport.

ii. Salinan Sijil Kelahiran

iii. Salinan Kad Pengenalan

iv. Salinan Sijil Berhenti Sekolah

v. Salinan Sijil Peperiksaan: dan

vi. Lain-lain sijil yang berkaitan, jika ada

(c) Setiap salinan dokumen hendaklah diakui sah.

(d) Borang yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamat kepada

PENGARAH
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH
JALAN KOLAM AIR
05100 ALOR STAR
KEDAH DARUL AMAN


Catatan:

Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temu duga

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh enam bulan selepas dari tarikh ini akan ditolak,


Tarikh tutup permohonan : 31 Disember 2018


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK)


Sejarah

1952 - Sebuah Jawatankuasa telah dilantik bagi menaja dan mentadbir sebuah perpustakaan umum negeri. Mesyuarat perlantikan jawatankuasa telah diadakan di Kelab Pejabat Kerja Raya.

1957 - Dalam mesyuarat Majlis Bandaran Alor Setar pada bulan September 1957, Encik Poh Sin Bin iaitu Pegawai Ukur Daerah Kota Setar pada waktu itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah perpustakaan di bandar Alor Setar.

1960 - Pada 24 Februari 1960, Majlis Bandaran Alor Setar dalam mesyuaratnya telah memohon dan berhasil mendapatkan peruntukan sebanyak RM 45,000 dari Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah perpustakaan. Bantuan juga telah diterima dari badan-badan sukarela dalam bentuk wang dan buku. Pejabat Penerangan Amerika Syarikat (USIS) dan The British Council turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan tersebut.

1961 - Pada 30 September 1961, Perpustakaan Umum Alor Setar yang berkongsi bangunan bersama Muzium Negeri telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.

1972 - Pada 28 April 1972, satu Enakmen iaitu Enakmen 7 Tahun 1971 telah diluluskan untuk penubuhan sebuah Perbadanan yang dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dan Enakmen ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1974.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post