Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTGJ) - 14 Jan 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTGJ).



Jawatan:

1. PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N19


2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19


Tarikh Tutup Permohonan : 14 Januari 2019 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTGJ)

Sejarah PTG

Pejabat Tanah dan Galian Johor ditubuhkan berlandaskan Undang-Undang Tubuh Johor 1895, Perlembagaan Persekutuan (Senarai Kedua), Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor Bil.4 Tahun 1959 dan Kanun Tanah Negara 1965.

Dalam Sek.12(1) Kanun Tanah Negara 1965, Pihak Berkuasa Negeri bolehlah melantik untuk negeri itu seorang Pengarah Tanah dan Galian, seorang Pendaftar Hakmilik, Penolong-penolong Tanah dan Galian, Timbalan Pendaftar Hakmilik, Pentadbir-Pentadbir Tanah Daerah, Penolong-Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Penolong Pegawai-Pegawai petempatan dan lain-lain Pegawai yang Pihak berkuasa fikir perlu.

Sir Duke Abraham seorang warga British adalah Pengarah Pertama bagi Pejabat Tanah dan Galian Johor dengan pejabat pertamanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.Dato’ Zakaria Sulong adalah anak melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Tanah dan Galian Negeri Johor.

Pada awal tahun 1960an, kerajaan telah BERSETUJU untuk memisahkan pentadbiran antara Pejabat-pejabat Daerah dan Pejabat-pejabat Tanah. Antara tujuan pemisahan tersebut adalah kerana pejabat-pejabat tersebut mempunyai objektif dan fungsi yang berlainan. Peraturan, Undang-Undang dan bidang tugas yang digunapakai berbeza juga adalah antara sebab pejabat-pejabat tersebut dipisahkan. Sebab utama adalah untuk memudahkan urusan orang awam di samping penyampaian lebih mudah dan efektif kepada golongan sasaran.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post