Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 15 Feb 2019 - JAWATAN KOSONG 2019 | KERJA KOSONG TERKINI | JOB VACANCY

Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 15 Feb 2019

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.



Jawatan:


1. PENOLONG PEGAWAI EKSEKUTIF (KESETIAUSAHAAN) GRED 31





Kelayakan Memohon:


Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat / Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan / kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU


Memiliki kelayakan tertinggi sehingga Ijazah Sarjana Muda sahaja DAN mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan dibenarkan untuk memohon jawatan ini menggunakan kelayakan Diploma; DAN


Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi Diploma berkenaan; DAN


Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Tarikh tutup permohonan : 15 Februari 2019 (Jumaat)


* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap melalui link yang admin sediakan di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2019 di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)


Profil LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.

LHDNM ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian.

Fungsi Lembaga

Untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga,

Untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara-perkara tersebut,

Untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian,

Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain dan

Boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.



Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

0 Response to "Jawatan Kosong Terkini di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) - 15 Feb 2019"

Post a Comment