Sila klik Follow dan button [X] untuk menutup Button Close

Jawatan Kosong Terkini di Majlis Perbandaran Seberang Perai - 11 Mac 2019

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Seberang Perai dalam jawatan seperti berikut :-



Jawatan:


1. Pegawai Perubatan Gred UD47 - 1 Kekosongan


2. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 - 2 Kekosongan


3. Pegawai Undang-Undang Gred L41 - 1 Kekosongan


4. Arkitek Landskap Gred J41 - 1 Kekosongan


5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 - 2 Kekosongan


6. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred N29 - 1 Kekosongan


7. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FT29 - 5 Kekosongan


8. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred FA29 - 1 Kekosongan


9. Penolong Jurutera (Awam) Gred JA29 - 2 Kekosongan


10. Pembantu Penguatkuasa Gred KP29 - 70 Kekosongan


11. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19 - 1 Kekosongan


12. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 - 1 Kekosongan


13. Pembantu Kemahiran (Jurugegas) Gred H19 - 4 Kekosongan


14. Jurubahasa (Bahasa Cina) Gred L19 - 1 Kekosongan


15. Penghantar Notis Gred N11 - 1 Kekosongan


16. Pembantu Operasi Gred N11 - 3 Kekosongan


17. Pengawal Kesalamatan Gred KP11 - 1 Kekosongan


18. Pemandu Kenderaan Gred H11 - 35 Kekosongan


19. Pembantu Awam Gred H11 - 217 Kekosongan


Tarikh Tutup Permohonan : 11 Mac 2019 (Isnin)


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah


Jawatan Kosong Terkini 2018 di Majlis Perbandaran Seberang Perai


SEJARAH RINGKAS MPSP

Tahun 1800

Pentadbiran Seberang Perai berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang.

Tahun 1850

Penerokaan bermula, Seberang Perai bertukar wajah dari kawasan hutan dan belukar kepada sebuah kawasan pertanian.

Tahun 1913

Ordinan baru dikeluarkan, Kerajaan Negeri kemudiannya menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara, Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.

30 Jun 1974

Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.

15 Dis 1976

Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Seberang Perai dikenali sebagai Majlis Perbandaran Seberang Perai dan mendapat taraf Majlis Perbandaran.

Permulaan Kami...

Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British pada tahun 1800. Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang.

Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.

Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam.

Keluasan Seberang Perai walaubagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913, satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.

Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau Pinang.  Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.

Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini
Previous Post Next Post