Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka memerlukan Warganegara Malaysia (Keutamaan adalah diberikan kepada Anak Negeri Melaka) yang berkelayakan, dinamik, bercita-cita tinggi dan bersedia menghadapi cabaran ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 untuk pelantikan bagi mengisi jawatan berikut :
Jawatan:
1. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
Syarat Lantikan:
1.3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik atau
Perdagangan atau Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
(Gaji Permulaan : RM929)
(d) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; atau
(Gaji Permulaan : RM985.13)
(e) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan; atau
(Gaji Permulaan : RM1,154.33)
(f) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira
yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN
(Gaji Permulaan : RM1,379.92)
(g) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Tarikh tutup permohonan : 18 September 2015
0 Comments