Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengajak individu berasal daripada warganegara Malaysia lelaki dan wanita yang berusia tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun untuk bersama-sama menyertai PDRM bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :
Jawatan:
1. KONSTABEL & KONSTABEL SOKONGAN (LELAKI DAN WANITA)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iklan temuduga / Eksesais Pengambilan Konstabel Wanita & Konstabel Sokongan Lelaki dan Wanita ini,
PERHATIAN! Sila baca dahulu untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.:
Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel -
Klik Sini
Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan -
Klik Sini
ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-
Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
1 keping gambar terkini berukuran pasport;
Pen-ball point, liquid paper serta gam;
Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);
Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR) SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan).
Klik Maklumat Penuh Jawatan & Tempat Temuduga

0 Comments