Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Jawatan:
1. JURUTEKNIK KOMPUTER (PSH)
Bayaran Gaji : RM 54.00 sehari
Tempoh Perlantikan : 3 bulan
Lokasi Terlibat:
JAKOA Negeri Perak/Kedah
JAKOA Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan
JAKOA Negeri Sembilan/Melaka
JAKOA Kelantan/Terengganu
JAKOA Pahang
Syarat permohonan:
1. Warganegara Malaysia;
2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
3. Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Tambahan:
4. Keutamaan kepada pemohon lepasan IPT
5. Mahir dalam penyelenggaraan komputer (teknikal) dan pengurusan rangkaian
Cara Memohon:
Sila kemukakan
resume serta salinan sijil ke alamat atau emel berikut:
webmaster@jakoa.gov.my
Seksyen Teknologi Maklumat
Jabatan Kemajuan Orang Asli
Tingkat 3, West Blok,
Wisma Selangor Dredging,
Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Perhatian:
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga
Tarikh temuduga : 24 Februari 2016
Objektif
- Meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mengeluarkan mereka dari garis kemiskinan
- Memperluaskan skop liputan kemudahan prasarana dan ameniti sosial ke semua perkampungan Orang Asli
- Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui program pembangunan modal insan yang komprehensif
- Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli ke arah sejahteraan hidup
- Memulihara dan menegakkan Pengetahuan Tradisional serta warisan Orang Asli; dan
- Meningkatkan tahap keberkesanan organisasi dengan mengamalkan dan membudayakan tadbir urus yang baik.
0 Comments