Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) - 8 Dis 2016
October 13, 2016
AGENSIMaklumat jawatan
LOKASISeluruh Malaysia
TARIKH TUTUPRUJUK IKLAN
Baca syarat kelayakan dan maklumat permohonan dengan teliti sebelum menghantar permohonan melalui saluran rasmi.
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Secara ringkasnya, sejarah perkembangan awal Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah ini bermula dengan penubuhan 8 buah Majlis Tempatan sekitar tahun 60an dibawah Town Board Enactment 118. Hasil daripada penduduk dan pertambahan pegangan maka pada 1 Mac 1978, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang merangkumi kawasan seluas 104.7 kilometer persegi dengan jumlah penduduk seramai 150,000 orang.
Kesan daripada pertumbuhan yang berterusan maka pada tahun 1995, Majlis Daerah Johor Bahru Tengah telah diperluaskan kawasan petadbirannya sehingga 303.48 kilometer persegi dengan jumlah pegangan meningkat kepada 98,515 unit dan jumlah penduduk bertambah sehingga mencapai 500,000 orang
Sedia untuk memohon?
Pastikan semua syarat kelayakan dan maklumat permohonan telah dibaca.
1 Comments
SALAM..SAYA DAH CUBA TAPI TIDAK BOLEH..KENAPA YE?
ReplyDelete