HTML5 Sila Follow dan Klik button [X] untuk tutup Button Close

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) - 6 Mac 2017

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia rakyat Negeri Perak berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :



Jawatan:


1. JURUTERA J41


2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W19



Cara Memohon:

Permohonan hendaklah menggunakan aplikasi atas talian (online) sahaja dengan melayari laman
web Majlis Bandaraya Ipoh di www.mbi.gov.my dan pemohon akan dihubungkan ke Portal Laman
Web Rasmi Gerbang Mesra Rakyat Negeri Perak dibawah Aplikasi Permohonan Jawatan Kosong. (admin sediakan link di bawah)


Catatan Am

(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ujian /
temuduga.

(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh
iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

(c) Hanya calon-calon yang diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan
Berdaftar sahaja yang layak dilantik mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012.



Tarikh tutup permohonan : 06 Mac 2017


*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah




Join Telegram Kami : telegram.me/kerjakosongterkini

 Jawatan Kosong Terkini 2016 di Majlis Bandaraya Ipoh


Latar Belakang

Pada umumnya, Majlis Bandaraya Ipoh selaku Pihak Berkuasa Tempatan merupakan sebuah Pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) sebagai satu badan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir kawasan Bandar raya Ipoh berasaskan kepentingan tempatan, begitu juga sebagai pihak berkuasa perancang tempatan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), MBI diberi tanggungjawab secara langsung oleh Undang-undang untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar perancangan pembangunan berasaskan lokaliti setempat bersesuaian dengan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kini, kawasan sempadan Majlis meliputi kawasan seluas 643 km persegi dengan bilangan penduduk berjumlah lebih 720,000 orang. Sebagai ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh berperanan sebagai pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kewangan, politik, keagamaan dan juga pendidikan. Kini di bawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus menerus berusaha untuk menjadikan bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang dinamik dan unggul.

Previous Post Next Post