KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembangunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).
Penubuhan
Ditubuhkan pada 1 Jun 1972 di bawah Akta Parlimen 75
Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara
Enakmen Bil. 7/1972 Enakmen Kejora
Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972
Sedia untuk memohon?
Pastikan semua syarat kelayakan dan maklumat permohonan telah dibaca.
0 Comments